Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Sunday, April 27, 2008

Love is when...

Salam,

Petikan dari kata-kata Dr Rubiah K Hamzah :
..... Jika kekuatan cinta pada pertemuan jasad bukan bertemu hati, lalu kita akan merinduinya setakat mahu bertemu wajah dan bertentang mata. Itu baru pada tahap cinta nafsu sebenarnya. Cintanya belum suci dan kudus untuk dipertahankan. Oleh itu, dengan perpisahan maka menggilalah rindu dan bila bertemu melonjak emosi untuk berdampingan secara jasad.

Cinta yang sebenarnya apabila dua hati selalu berasa dekat walaupun jasad terpisah serta mampu merawat rindu melalui hubungan berita dan kata-kata. Tidak sangat tergila-gila mahu bertemu secara langsung dan kedua-dua pihak terus berusaha menjaga hati dulu kemudian baru menjaga perasaan serta tahu apa yang disukai dan tidak disukai. .....

No comments: